Friday, April 9, 2010

Untuk Sahabat Aku

Bismillahirrahmanirrahim.

Artikel ini bertarikh 7 September 2009. Tapi sengaja aku post semula kerana terkenang.


Untuk warga b2-1-3 (2008/2009) dan b1-2-5 (2009/2010); Que, Muiz Haris, Firdaus Shamsuddin, Amir Asyraf, Mustaqim, Syafiq Marzlan, Hafiz Kay, Zharif Zulflida, Hafiz Zakaria, Syafiq Zaid, Nazir, Muiz (Abe Klate) dan mereka yang tidak aku nyatakan.

waktu ni kita innocent lagi.

Baru petang tadi terfikir. Dalam bilik aku yang majoriti penghuninya merupakan orang yang sama semenjak sem 1 tahun pertama (di B2-1-3), bagaimana suasana agaknya bila sem 1 tahun kedua ini bakal melabuhkan tirai? lapang? tidak semak? gembira?

Tinggal 6 orang sahaja. 6. Jumlah yang bisa membuat aku retak sendirian barangkali.

Sem depan, katil di bawah aku ini bakal kosong. Begitu juga dengan loker sebelahku. Pasangan setia sekatil-2-tingkat-ku; Muiz akan meninggalkan aku yang berbaki satu sem ini sendiri. Allahuakbar.

aku, Muiz, Que, Nizam

Muiz,
Kau tahu tak kita persis ayah dan anak?
Dulu waktu kita berdua tak tidur seminggu, setiap kali tiba pukul 4, gerak ke As-Salam. bonceng motor ex-5 kau.
Helmet tiada pun. Kitalah rules violator paling macho sekali, ke CIMB dan Taman Semarak tanpa helmet di kepala.
Pernah seminggu kita makan malam berlaukkan Chicken Chop. Sampai satu masa aku muak dengan Chicken Chop Cheese tu.
Kita macam belangkas berdua.
Tiap hari mamak As-Salam sudah cam muka kita.
Tapi lepas ni, jika aku pergi, dan mamak itu bertanya di mana kau,
aku belah As-Salam.

Kita macam belangkas berlima.
Bila ada Poji, Nizam dan Que.

macam budak-budak.

amir, que, aku
Azreeq@Que,
Kau sahabat aku dari kecil lagi.
Semenjak di SERI lagi kau yang paling ngam dengan aku.
Kemudian ke Maahad Al-Ummah bersama, tapi lepas itu kau pindah.
Aku nangis, kawan baik tiada di sisi.
Lawak pula, dapat Universiti sama.
Mendaftar pun nak bertunggu. Macam perempuan pula.
Kadang-kadang kita gaduh sama, walhal kasus kecil sahaja.
Tapi insyaALLAH lepas 24 jam kita baik semula.
Baru-baru ini kita gaduh sepurnama tak bertegur.
Sunyi hati aku.
Sebab kau peminat setia jenaka aku. Hanya kau gelak bila aku bercakap.
Mujur tadi bertegur semula.

aku dan taufiq.

Ramadhan pertama di Nilai, kita bersahur bersama di McD.

Yang lain,
Terima kasih terima aku.
Untuk menjadi ahli komuniti yang harmoni dan havoc ini.
Untuk ajar aku cara hidup bersama pelbagai orang.
dan Untuk fahami aku sebagaimana aku.

muiz, taufiq, que, poji, syafiq, aku, kay, firdaus (bawah)

Ya, mungkin akhir-akhir ini, kita renggang.
Mungkin sibuk.
Mungkin penat.
Mungkin jemu.
Tapi kelak di Gombak, walau aku Zubir, kamu Ali,
atau Usman mahupun Siddiq,
mesejlah aku bertanya khabar.

Pasti aku balas.


Kini cuma tinggal sebulan waktu bersama.
Masihkah ada waktu?



Wallahua'lam.
*maaf ada yang tiada gambarnya.

1 komentar:

JUMLAH KEHADIRAN