Wednesday, April 28, 2010

DESTRUCTIONE

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, sepanjang duduk di rumah ini, sudah berjaya menghabiskan beberapa buah buku. Antaranya ialah tiga buah novel Warkah Cinta Berbau Syurga, Kala Cinta Dan Wahyu Bersatu-A.Ubaidillah Ilias, serta Yuda Di Padang Maya-Xarine. 

Semenjak akhir-akhir ini saya seringkali melarikan diri dari membaca karya-karya berat yang suatu masa dahulu menjadi kegilaan seperti buku-buku Prof Syed M.Naquib al-Attas dan Malik Bennabi. Bukan kerana malas sedangkan buku-buku lain begitu senang dihabiskan (novel terutamanya!).

Entah. Mungkin sewaktu dahulu pernah timbul riak dalam diri sebab ramai manusia macam kagum dan pelik dengan saya; "eh, hebat gila kau baca buku ni!". Walau dalam hati memang menolak pujian, tapi nafsu yang mengepam heartbeat masih mengepam (istilah apakah ini?) dan sekaligus membuatkan udara terasa ingin dihirup lebih maka muncullah fenomena hidung kembang atau hati berbunga atau dalam hati ada taman (tak suka betul anekdot ini!)

Apa pun, sekarang baru sedar, sejauh mana kau cuba melarikan diri dari kejahatan yang ada di dalam diri, kau tidak akan pernah berjaya. Sebaliknya kau cuma akan berakhir dengan penat lelah dan terbaring sebelum diratah rakus oleh nafsu kejahatan sendiri! Apa yang perlu dilakukan adalah bangkit dan terus melawan. Pernah tonton cerita X-Men 3: The Last Stand? Umpamakan diri sebagai Wolverine yang cuba meredah gelombang maut semata-mata untuk membunuh kejahatan yang ada di dalam diri Jean Grey / Phoenix. Dan semestinya, untuk meredah cabaran sebegitu tidak boleh berbekal kosong!

Baik, mulakan hari ini dengan Kalamullah, Zikrullah. Dan sedikit cebisan dari Sophie's World dan Islam & Secularism.


Wallahua'lam.
p.s: mencari watak Muslim yang pernah ada, dan pernah hilang, dan terkejap ada, terkejap hilang.

0 komentar:

JUMLAH KEHADIRAN