Berfikir sejenak, sambil mencicip secawan kopi yang sudah diketahui kesan kaffeinnya yang kuat pada diri sendiri, dan bertukar-tukar buku di tangan; Yuda Di Padang Maya dan Cinta Hari-Hari Rusuhan. Ketidaktenteraman menjadi teman paling rapat ketika ini dan di akhirnya mencapai satu keputusan;
"MANUSIA TIDAK HIDUP DENGAN KEBENARAN. KEBENARAN IALAH APA YANG PERLU BAGI MEREKA."
"People do not live with The Truth, as The Truth to them is what is convenient for them."
Hal ini secara tidak langsungnya kembali semula kepada diri sendiri. Namun tidak bermakna anda tidak terlepas dari tudingan jari saya. Ikuti perbualan yang direka-reka ini:
A: Oh, what the f*** betul la!
B: Weh, kenapa kau cakap macam tu, bukan kau budak Tahfiz ke?
A: Ala, aku pun ordinary guy juga!
B: Tapi at least kau dah tahu perkara tu tak sepatutnya dilakukan!
A: Eleh, si fulan pun mencarut juga, dia lagilah, graduan al-Azhar lagi tu!
B: Tapi two wrongs doesn't makes one right kan?
Marah gila dengan budak-budak yang mengambil subjek CCT (Critical & Creative Thinking). Belajar penat-penat, tapi dalam bicara tetap ada Fallacies, bukan Fallacy! Terutama yang mengaji agama, tapi malangnya menolak CCT semata-mata kerana alasannya datang dari Edward de Bono! Oh tolonglah, pemikiran kritis dan kreatif sudah lama wujud dalam metodologi silogism (Qiyas) dan ijtihad Islam. Kalau tak, sampai hari ini orang Islam akan menaiki unta kerana akan menyatakan Islam seharusnya statik, dan tidak kritis!
Ini soal aplikasi ilmu, dan ilmu yang benar.
Dalam benak hati manusia mengetahui mengenai wujudnya prinsip dan pegangan, namun atas dasar kepentingan diri, sebagai contohnya melampias kemarahan, secara tidak langsung kita telah membenarkan perbuatan menggunakan kata-kata kesat, walhal tahu sebenarnya salah.
Dalam hati tetap ego dan bodoh, tidak mahu mengaku kesalahan diri semata-mata risau akan persoalan maruah. Hei, maruah kau dan maruah agama, kau nak jaga yang mana?
Oh ya, menjaga maruah agama bagi saya termasuklah mengaku kesalahan dan kelemahan diri, kerana maruah Islam pada kebenaran dan keikhlasan penganutnya.
Wallahua'lam.
p.s: it's ego that kept you alive, and alone too.

5 komentar:
yup..with that ego we are who we are right now. tinggi ego, maka berseoranglah kamu. rendahnya ego, maka beruntunglah kamu.
runtuhkan temboknya agar kau dapat capai kepuasan hidup di dunia dan di akhirat. ;)
sekadar nk menegur dgn kate..."hai"....heee~~
oh ya..Islam tu dinamik ok:)
Blogger Putra said...
Kak angin: huh. egocentrism sungguh.
Sha : paklong nak say 'hai' pon dalam YM. ko gemar buat komen takde kaitan kan!
Andalus: dinamik mengikut diri kita atau bagaimna tu?
iyelah2=.=*kene marah pulok*
bercerita ttg kebenrn dn keegoan, seolah sesuatu yg bertentangn...betul ke?
Post a Comment