Saturday, April 10, 2010

Hidup Biar Berjasa

Bismillahirrahmanirrahim.

Syukur ke hadhrat Ilahi, sehingga hari ini kita masih mampu terus menjalani kehidupan seperti kebiasaannya, bahkan kadangkala setiap hari itu ada tambah serta kurangnya.

Sekian lama berada di dunia, semakin hari semakin mula mengenal erti kehidupan. Masakan tidak, sedang proses kehidupan manusia itu berterusan. Dari anak kecil yang bertanya, hingga menjadi seorang remaja yang berkata-kata pada hari ini.

Kali ini, saya ingin berbicara mengenai satu wadah, yang sekian lama hadir tetapi tidak terjumpa, hingga suatu masa terbuka jua untuk mendakapnya erat di dalam hati; Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Barangkali ada yang sudah sedia maklum akan jamaah ini, ada juga yang berprejudis dengannya, ada juga yang melontarkan pelbagai ekspresi samada baik atau buruk dan sebagainya. Tetapi bagi saya, wadah ini wadah yang terbaik.

Mula mengenal PKPIM sewaktu dilantik menjadi Biro Dokumentasi dan Penerbitan sewaktu belajar di Pusat Asasi UIAM Nilai. Pada mulanya kabur, tidak jelas dan faham akan keberadaan di dalam jamaah ini perlunya apa, tujuannya ke mana, caranya bagaimana. Saya bukanlah seseorang yang gemar mengikut sesuatu secara melulu, namun atas dasar percaya kepada PKPIM kerana keterikatannya dengan Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP) yang saya sertai semenjak 2002, diteruskan jua menggalas tanggungjawab ketika itu menguruskan laman web rasmi PKPIM PAUIAM Nilai. Kemudian, saya turut bersama-sama rakan-rakan dan senior menguruskan gerai sewaktu Raudhah Festival. Peristiwa ini dikatakan titik tolak bermulanya kekuatan ukhuwah ahli-ahli PKPIM.


Pencak mula ditanam ketika mengikuti Tamrin Qiyadi anjuran senior-senior. Wallahua'lam entah apa petunjuk hendak diberi, tetapi saya yang sememangnya malas dan tidak gemar berprogram ini tiba-tiba berubah hati untuk mengikuti program di Manjung, Perak ketika itu. Pada mulanya saya agak merasakan program ini hanyalah tipikal, tapi pandangan berubah 180 darjah, tatkala mula diajar berdebat mengenai isu PPSMI dan juga mendengar ceramah mengenai Penjelasan Budaya Ilmu dan Pengenalan PKPIM. Entah mengapa, hati benar-benar tertarik dengan konsep budaya ilmu dan non-partisan yang diterapkan oleh PKPIM. Selain itu, 9 orientasi gerakannya saya kira benar-benar menyantuni diri saya yang sangat hedonistik ini. Masakan tidak, saya yang sudah mula terpengaruh dengan tarian shuffle dan street ketika itu alhamdulillah bertemu semula jalan keluar melalui wadah ini. Santunnya cukup baik, dan benar-benar menyentuh hati. Keinginan mencari takbir yang bebas dari unsur-unsur centric mungkin menyebabkan saya mendakap erat PKPIM sehingga kini.

Perjalanan yang getir bermula, tatkala diri ditaklifkan membawa kapal yang baru hendak berlayar ini di kampus PAUIAM Nilai. Ditaklifkan bersama-sama rakan-rakan sepersekolahan serta majoriti insan-insan yang tidak dikenali sedikit sebanyak membuatkan diri ini berasa gugup dan khuatir dek kerana kurangnya pengalaman dan kemahiran. 19 Februari 2009, bermulanya satu tenure penuh kisah.

Dan kini, sudah genap setahun saya dan rakan-rakan melayar bahtera perjuangan, yang mana mungkin diangkat layarnya sedang destinasi belum tiba. Kapasiti kapal harus dibesarkan, keteguhan harus diutuhkan, pelayaran harus diteruskan. Meski sudah berakhir tanggungjawab di PAUIAM, tanggungjawab di UIAM Gombak menanti.

Keinginan untuk menulis perihal pengalaman dalam jamaah ini saya tunaikan, setelah diri merasa sendiri bagaimana dimantankan, dan melihat juga bagaimana senior-senior dimantankan. Sungguh, hanya mantan tahu perihal hati mantan. Bukan mudah untuk kita benar-benar melepaskan sesuatu yang disayangi, meski sewaktu hendak menerimanya teramat susah. Tahniah dan takziah kepada saf qiyadah PKPIM PAUIAM Nilai, serta saf qiyadah PKPIM UIAM.

Dan di sini saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan-
Nu'aim Bin Jeman, Azwan Bin Shari, Khairul Azhar Bin Khayun, Azree Syafiq Bin Radzif, Nuroll Aiman Bin Nuroll Azmi, Faisal Bin Sakdi, Badiuljuman Bin Melatusamsi, Daud Bin Moslim, Munirah Binti Dahari, Wan Nor Fadhilah Binti Wan Ibrahim, Sumaiyah Fadhilah Binti Jafri, Nur Azimah Binti Ismail, Norfarhana Binti Zainuddin, Nurul Shahadatulainee, Siti Nuur Afiqah Binti Salleh, Nur Atika Bt Hairi, Ainon Jariyah Binti Afi, Sakinah Binti Ya'kob serta seluruh warga PKPIM PAUIAM dan PKPIM yang lain, yang telah bersama-sama membantu diri ini membina jatidiri serta mengenal erti keberadaan di dunia sebagai Hamba dan Khalifah.

Di sini juga saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat para senior-
Abg Fairul Bin Nawawi, Abg Hanis Bin Zakariya, Abg Aminuddin Bin Musa, Abg Nooramin Bin Rahmat, Abg Hibatul Wafi, Abg Yusof, Abg Fazril Salleh, Abg Akmal Afiq Mohamad, Abg Ukasyah Azhari, Abg Aziz Abd Rahman, Abg Khairul Ridhwan Adhha, Abg Syahrir Azfar Salleh, Abg Adrian Phang Sheng Heng, Abg Huzaifah Ahmad, Abg Faisal Abd Aziz, Abg Hasnul Haniff Harun, Kak Lina Mursyidah, Kak Siti Nur Dalila Melatusamsi, Kak Naheed Azhari, Kak Arina Abd Ghani, Kak Atiqah Abd Talib, Kak Shamimi, Kak Nurul Balqis, Kak Nor Akmariah, Kak Mariati Roslan, Kak Hanan Aqilah Yusoff, Kak Sarah Syafiqah Shaifuddin, Kak Asma' Achuma, Kak Adibah Othman, Kak Ain Adib, Kak Solehan, Kak Hidayah, Kak Wan Nurul Afiqah Akmal serta mereka-mereka sekaliannya. Kalian tahu, meski di sini tidak terucap, di hati kekal sentiasa bukan?

Hati berat bagai hendak menangis, tapi bodoh pula rasanya kerana nanti di Gombak berjumpa jua. Jika tidak pun, hei hati kita kan satu? :)

Dan akhirnya, moto yang kalian ajarkan kepada saya selalu;
Hidup Biar Berjasa!


Wallahua'lam.

3 komentar:

wanfad said...

hei,namaku wan noor fadhilah...
tbe2 ada gmbr.huu

نورالأيمان said...

Syukran ye Syed..
n mntk maaf ats kslhn yg lalu..

ainon jariyah said...

ehemm..nme sY NOOR AINON JARIYAH BT AFI,NOOR AINON JARIYAH BT AFI..
ade nur disitu ye..hehe

JUMLAH KEHADIRAN