Bismillahirrahmanirrahim.
"Oh, this story is soooo good to be true."
Itulah ungkapan pertama saya apabila menonton sebuah drama medik yang sangat diminati semenjak di bangku sekolah menengah lagi; House.
House merupakan sebuah kisah mengenai Dr. Gregory House yang seringkali bertindak dan berfikir di luar batasan normal namun masih, dia bijak menyampaikan ideanya kepada rakan-rakan sejawatnya melalui cara yang bersahaja dan sinis. Di samping beliau, terdapat beberapa orang doktor lain seperti Wilson (Neurologis), Cameroon, Cuddy, Taub dan beberapa orang lagi. Metodologi beliau merawat pesakit juga teramat berbeza, namun masih tidak menggunakan jin dan syaitan (itu sudah pasti!).
Kadangkala, tidak dinafikan skrip dan jalan cerita ini begitu menyinggung perasaan sesetengah pihak, namun dari sisi positif saya melihat drama House menyampaikan sesuatu yang berbeza dari mana-mana drama lain dan tidak klise, serta punya falsafah yang tersendiri.
Peranan media secara dominannya adalah enforcement of facts (menekankan fakta-fakta tertentu, menjadikan seolah-olah apa yang dipaparkan itu adalah betul) namun House secara lewanya telah menyangkal falsafah sedemikian dan menjadi anomali.
Baru semalam saya berkesempatan menonton salah satu episod drama House berkaitan persahabatan.
Mengikut norma, kita seringkali mendengar kata-kata positif-"Semuanya akan baik!", "Percayalah,", dan semua motivasi yang bertujuan memberi semangat tatkala kita sedang ditimpa masalah. Namun, dari satu sudut yang lain, sebenarnya motivasi sedemikian secara tidak langsung memberi satu harapan cerah untuk orang yang bermasalah, sekaligus membuatkan orang yang bermasalah tidak bersedia dan tahan dengan natijah buruk atau worst case scenario.
JARANG sekali, kita berjumpa dengan sahabat yang akan bersikap sebegini;
A: Aku ada masalah. Ayah aku sakit.
B: Sakit apa?
A: Kanser. Doktor kata ada 2 bulan sahaja lagi.
Kebiasaannya sahabat-sahabat kita akan berkata begini; "Kau jangan risau. segalanya akan baik..", dan seterusnya beralih kepada perkara lain dengan harapan akan MENYELESAIKAN MASALAH namun sahabat yang JARANG sekali ada akan berkata;
B: Kau kena bersedia, kau tu anak sulung. Kena tabah.
(dan membantu dengan memberi cadangan, bukan distraction).
Kadangkala, memang benar kebenaran itu pahit. Namun jika difikirkan semula, apabila kita memberitahu kebenaran semenjak dari awalnya, secara tidak langsung kita sudah membantu dari segi persediaan mental dan semangat sahabat kita yang bermasalah. Dengan melakukan alih-pandang, secara tidak langsung kita memberi jalan bahagia yang tidak pasti bagi sebuah masalah yang kelihatannya tidak mungkin kembali cerah.
Apa pun, aplikasi metodologi 'Kebenaran' ini tidaklah mencakup semua aspek. Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum segala sesuatu keputusan dilakukan atau disarankan.
Dan masih, di akhir cerita House semalam, saya mengungkap;
"Oh, this story is soooo good to be true."
Wallahua'lam.
p.s: sudah muak dengan genre lakon layar Malaysia.

2 komentar:
hehe... betul jugak.
hmm.. syukran akh.
afwan akhi..
:)
Post a Comment