Saturday, April 24, 2010

Soutul Faizin 2007-Kenangan Di Hati

Bismillahirrahmanirrahim.

Baru sebentar tadi membuka semula Friendster yang telah lama ditinggalkan. Apa lagi, di dalam akaun Friendster itu terdapat beriban-riban gambar kenangan sewaktu muda-mudi dulu. Paling menggamit hati tentunya gambar sewaktu pertandingan Nasyid yang telah membantu saya yang tidak cemerlang Ko-Kurikulum (baca: tidak aktif berpersatuan) meraih anugerah Perak dalam hari Anugerah ko-Kurikulum di sekolah tiga tahun yang lalu.

Ada juga yang mendengki kerana sudah aktif berpersatuan semenjak tingkatan 1, namun cuma mendapat anugerah Gangsa. Sedang saya yang baru menyertai persatuan pada awal tingkatan 5 lebih cemerlang dari mereka. Hahaha.

Okeh, saya sekadar bergurau. Anugerah Emas, Perak atau Gangsa, semua itu tiada nilai berbanding kenangan dan pengalaman menjadi ahli Soutul Faizin. Kepada pelajar Ta'yah yang membaca blog saya, sila palingkan muka dan skrol page ini selaju mungkin.

Syed, cukup bergurau kasar.

Okey. Rasanya semua sudah cukup besar untuk ketawa dan tercuit melihat kenangan di sekolah lama bukan? Tiada lagi ketidakmatangan dan kata-kata yang menyakitkan hati di antara satu sama lain kan? Senyum!

Baik, di bawah ini merupakan laporan yang diperoleh dari sini.


18 - 21 Ogos 2007
Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu; Acara yang berlansung selama empat hari ini disertai oleh 16 kumpulan nasyid yang mewakili negeri-negeri seluruh Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya. Setiap pasukan membuat persembahan dengan baik dan pertandingan ini berjalan dengan lancar. Pada tahun depan, acara seperti ini mungkin akan diadakan di Negeri Kelantan.Insya Allah.

Johan Nasyid Anti Dadah Kebangsaan 2007
Kumpulan Nasyid Soutul Faizin
(Mewakili Negeri Perak)
N.Johan Nasyid Anti Dadah Peringkat Kebangsaan 2007
Kumpulan Nasyid Soutun Nadwa
(Mewakili Negeri Johor)
Ketiga Nasyid Anti Dadah Peringkat Kebangsaan 2007
Kumpulan Nasyid Al Faradis
(Mewakili Negeri Kedah)



 Pentas di hari pertandingan.

 Semasa menunggu keputusan di UMT, Terengganu.

Johan dan Naib Johan.

Soutul Faizin-Sekolah Izzuddin Shah Ipoh (Perak)

 Soutun Nadwa (Johor)

Al-Faradis (Kedah

Kelantan

Wilayah Persekutuan Labuan

 Melaka

 Negeri Sembilan

 Pahang

 Perlis

Selangor-
Ramai yang meyangkakan kumpulan ini akan menang-kami juga-namun mungkin rezeki berpihak pada kami.

 Wilayah Persekutuan

 Terengganu


Rezeki; menang atau kalah segalanya berada di dalam genggaman Kuasa Allah S.W.T. Apa pun, cukup bersyukur kerana diberi peluang untuk berada di dalam Soutul Faizin sehingga ke hari ini.

Oh ya, SF Gen-11, saya ada rancangan membuat T-Shirt dan Sweater! Jom berbincang!


Wallahua'lam.
p.s: kenangan mengubat duka.

3 komentar:

spark acap said...

jgn lupa, sblum korg mng, ar-rauhi dr mckk perak hampir membuatkan korg kecundang wakakkaka =D

Putra said...

berlagak ko! huuu. sumpah tiket balik malaysia habis kang! haha kami suka lagu korang yang kedua tu. sangat sedap!

dan acap, muka ko macam sorang blogger tu; joegrimmjow!

sharifah nor liyana said...

erk!....taayah ye bkn ta'yah...

JUMLAH KEHADIRAN