Bismillahirrahmanirrahim.
Semenjak kecil lagi biasanya saya akan menulis untuk apa sahaja perkara. Jika merajuk, meminta maaf, menegur pasti saya akan menulis. Ketika ingin menyuarakan suara hati pun pasti saya akan menulis, meskipun kepada ibu bapa. Tapi, kebiasaan dan resam dalam keluarga al-Jamalullail versi klasik, siapa yang memberi perhatian kepada kecenderungan minat seseorang ;)
Akhir-akhir ini saya banyak menulis. Menulis demi menulis namun akhirnya pasti dipadam semula. Seakan ada sesuatu rencah yang masih tidak ada dalam penulisan ini yang membuatkan saya tidak mahu menerima penulisan yang sudah tersedia ada.
Kebiasaannya saya akan menulis ketika kepala sarat dan sesak dengan idea-idea yang seringkali hadir bertalu-talu seolah-olah hujan lebat yang tidak pernah memberi petanda mahupun amaran. Ketika hati mulai gusar, anda yang membaca kedua-dua blog saya akan mendapati bilangan entri berkemungkinan mencapai 8 untuk satu hari!
Menulis bukan kerana nama, kerana bila berniat sedemikian seolah-olahnya tidak ikhlas dalam menulis. Tidak ikhlas dalam menyata apa yang dirasa. Kerana jika difikirkan nama, pasti terlalu banyak hati yang perlu dijaga, laras bahas yang perlu diselia kerna khuatir akan menyinggung sesiapa, dan pastinya menulis kerana orang.
Risau akan trafik blog, pengikut dan populariti blog merupakan antara pembunuh penulisan berkualiti. Lagaknya burung berkicau, bunyinya kekal merdu andai dialun jujur. Namun, bila kicau demi kicau untuk nama, pasti bunyinya cela sekali.
Dan hari ini kegusaran melampau, kerna itu sahabat karib yakni blog ini perlu menadah warkah maya bagi dakwat kepikiran akan tertulis.
Wallahua'lam.
p.s: dengan aku mudah saja, kau hormat hak aku, aku hormat hak kau.
1 komentar:
salam ziarah alam maya.......
menulis adalah hadiah ilahi kepada hambaNya yang Dia berikan.....
Sebuah penulisan mampu memberi keribuan dunia manfaatnya....
lagi satu,....
sepatah kata yang di tulis dari jiwa akan membuka lorong ke ribuan dunia.
one more,
seniman ialah seorang manusia luar biasa yang mempunyai perasaan dan keinginan atau apa-apa sahaja yang dimaktubkan oleh Tuhan.....'said samsudin othman'
Post a Comment