Wednesday, May 5, 2010

Buku dan Aku

Bismillahirrahmanirrahim.

Menjadi satu anomali apabila di dalam sebuah keluarga, hanya kau seorang sahaja yang membaca, juga tergedik-gedik apabila tiba di hadapan kedai buku, dan sanggup menghabiskan wang beratus-ratus semata-mata kerana buku. Saya pernah menghabiskan sebanyak RM260 semata-mata kerana buku, dan itu termasuk RM50 sebagai duit minyak untuk kawan yang membawa saya ke MPH Alamanda semata-mata kerana buku. Dasar kawan baik.

Bukan hendak menyatakan di sini bahawa "Oh aku ulat buku,", "Aku baca banyak buku,", tetapi lebih sekadar menyatakan kekesalan di dalam diri kerana menjadi manusia gharib di padang sendiri. Anda semua pernah dimarahi kerana membeli buku? Pernah dikatakan pelik bila membaca buku? Mungkin inilah apa yang dirasai sifu Peminggir Kota.

Seumpamanya sekarang ini seperti orang-orang dahulu hendak berjumpa dengan kekasih. Perlu keluar rumah senyap-senyap, berpakat dengan Senah supaya bawa Rokiah ke pohon beringin di taman pukul 12 malam nanti. Kemudian pulang ke rumah senyap-senyap mengunci pinta dan terus tidur di kamar. Apabila si ibu bertanya,"kau buat apa, nak?" jawab sahaja "baru selesai menggosok baju, bu,". Hai. Begitulah situasi saya dan buku; Cinta terhalang. Mungkin anda hairan mengapa saya sebegini pelik. Cubalah hidup dalam keluarga Adam's Family saya.

Nanti saya hendak melancarkan kempen 1bulan 8buku. Serius. Jangan gelak!


Wallahua'lam.
p.s: baru seludup bawa Ramlee Awang Mursyid masuk. Perlukan lagi RM200, lengkap koleksi :D

0 komentar:

JUMLAH KEHADIRAN