Bismillahirrahmanirrahim.
"Sudah aku katakan dulu Kassim, lihat mana melayangnya RM50.90 sebentar tadi?"
Haish. Pada mulanya sekadar hendak membeli sepasang selipar memandangkan selipar-selipar mahal saya dipakai-lusuh oleh penghuni-penghuni rumah. Sangkanya saya tidak mahu bawa kerana khuatir hilang di CFS.
Peliknya, saya terlupa bahawa saya hendak membeli sandal sewaktu melangkah masuk ke dalam Jusco Mall tadi. Kaki terus melangkah ke MPH Bookstore. Koleksi novel Ramlee Awang Mursyid disusun atur sebaris di rak hadapan, dan di rak belakangnya koleksi novel Faisal Tehrani. Pantas tangan mencekuh Tunggu Teduh Dulu yang tinggal dua salinan dan Tuhan Manusia yang hanya satu-satunya salinan yang tinggal.
Sejujurnya, saya tak mahu novel tersebut keseorangan di situ. Novel lain banyak lagi salinannya. Kasihan Tunggu Teduh Dulu dan Tuhan Manusia.
Sungguh!
Wallahua'lam.
p.s: sebelum itu ke SS Mubaruk dan Newcentury Bookstore, tetapi kenapa tidak tersusun. Bahagian Novel Melayu ada dicampur novel Inggeris dan buku latihan PMR -_-"
0 komentar:
Post a Comment