Baru semalam saya menonton filem Confession of A Shopaholic, mengisahkan Rebecca Bloomwood, seorang perempuan yang mempunyai masalah mengawal keinginannya untuk membeli belah meskipun kekurangan wang. Betapa dia kemaruk membeli belah hinggakan delusi diri bahawa patung-patung di sekelilingnya bercakap-cakap.
Dan sejujurnya, itulah masalah yang saya hadapi sekarang ini!
Walaupun sudah menetapkan di dalam pemikiran (sebelum ke shopping mall) bahawa akan pergi semata-mata berjalan-jalan atau membeli barang tertentu dan balik, tetapi pasti kaki akan menyinggah ke kedai buku. Dan anda tahu apa yang terjadi, bukan sahaja buku, bahkan penjaga buku di kedai buku pun bercakap dengan saya! Ini ajaib! Tapi mereka selalunya cakap terima kasih atau menyebut jumlah harga buku la.
Meskipun poket kering, masih mahu membeli buku.
Gambar kredit kepada Kak Lina Kama. Kebetulan saya nak buku ni!
Dan buku di atas ini sudah beberapa kali entah saya jenguk di MPH Wangsa Maju, tapi tidak terbeli. Hampir 6 bulan melihat kulitnya (atau mungkin 3 bulan?) sahaja dan kini sudah dibeli Kak Linlin. Bila nak sampai ke tangan ni!
Wallahua'lam.

2 komentar:
jiwa jiwi,
kesiannya. oklah, nanti kalau akak dah habis baca, awak boleh pinjam. (tau tak.. masih pada separuh buku sejak 3 bulan yang lalu.pernah tak awak dengar pepatah - satu tabiat pencinta buku ialah membeli tetapi tidak membacanya. haha huhu)
Kak Lina,
kenapa saya digelar jiwa-jiwi? haha. sebenarnya buku tersebut sudah dibelikan oleh seorang senior ni, cuma tidak diambil lagi dari beliau. beliau ke China sob sob.
(kak Lina, kita ada satu persamaan rasanya. hahaha)
Post a Comment