Bismillahirrahmanirrahim.
Aku berlindung dari kebatilan dengan Allah S.W.T Yang Maha Berkuasa dan Maha Besar.
Penulisan ini ditulis oleh orang yang tidak arif, namun menulis dengan harapan berkongsi. Amat digalakkan merujuk pada yang alim.
Hujan turun lebat.
Panas terik di tengahari.
Air sungai mengalir laju.
Beberapa persoalan alam yang seringkali direnungi orang-orang tertentu (ahli falsafah terutamanya) namun tidak oleh kita yang kononnya golongan biasa.
Kadangkala kita sebagai golongan remaja terlalu memanjakan diri dengan mengatakan bahan paling sesuai untuk disajikan kepada masyarakat adalah bahan bersifat ringan dan sederhana. Perkara yang dirasakan berat kononnya akan difahami apabila sudah mula meningkat besar.
Atas sebab sikap yang semberono serta mengabaikan keperluan ilmu yang menyebabkan kita mengalami kejutan budaya dan kalah bila dikedepankan.
Bila berbicara mengenai alam, dan orang yang berfikir mengenainya, manusia akan menyangka bahawa itu tugas sekadarnya ahli falsafah. Justeru, untuk berfikir, perlu menjadi ahli falsafah. Dan sebenarnya, kita adalah ahli falsafah semenjak kecil lagi.
Bayi dan kanak-kanak merupakan ahli falsafah paling bijak dan banyak bertanya. Hal ini kerana rasa ingin tahu yang mendalam serta sifat mencari yang murni masih wujud dalam diri mereka. Seringkali juga, bakat dan potensi mengembangkan kemahiran berfalsafah dalam tingkat usia sebegini dibunuh atau disekat sebegitu sahaja. Sebagai contoh, seorang anak kecil yang bertanya 'kenapa perlu solat?' kebiasaannya dibalas 'diam, jangan banyak tanya. IKUT SAHAJA!'.
Akhirnya, hari ini berapa ramai orang yang tidak memahami epistimologi dan pandangan alam Islam yang benar?
HAKIKAT ALAM
Sememangnya alam ini beratur dan mengikut susunan sunnatullah. Pastinya jika alam hendak menangis, penyejatan, pemeluwapan, dan proses-proses lain dalam turutan penurunan hujan perlu mengikut kronologi. Masakan mungkin air hujan turun tatkala hujan terik? Masakan mungkin air timbul dari celah-celah butir-butir pasir? Namun dalam Islam, segalanya tidak mustahil. Apabila Allah S.W.T berkehendak di luar sunnah-Nya, itu tanda Kekuasaan-Nya yang Mutlak.
Hujan lebat; apakah lebat yang sedia ada ini sudah cukup lebatnya?
Andai setitis manik-manik hujan itu andaian saiznya sekadar 0.5cm pada diameter dari sisi pandang atas, maka apakah tidak mustahil setitis itu suatu masa nanti besarnya seumpama jirusan air dari gelas ke dalam sinki, atau sebesar Niagra Falls?
Cahaya matahari, apakah yang sedia ada ini sudah cukup teriknya?
Andai kulit menjadi terbakar dan gelap kerana teriknya cahaya matahari, maka apakah tidak mustahil panasnya itu sepanas darjah nova yang wujud di permukaan matahari? Mungkin suatu masa nanti kita akan lihat cahaya matahari itu bukan sebagai sinar, tapi sebagai bakaran yang membakar setiap sesuatu dalam sinarannya.
Suatu masa nanti, andai kita mengalami situasi ini, mampukah kita memangku wajah hakikat?
Persoalannya, apakah pernah kita berfikir di luar norma sunnatullah?
Wallahua'lam.
1 komentar:
ape maksud hujan terik???/ hujan pada waktu terik??
Post a Comment