Sesudah ligat pusing serata pekan Ipoh dan kedai-kedai buku ternama di bandar kediaman, saya kecewa. Saya mencari novel Delima Ranting Senja karangan Prof Siti Zainon Ismail. Novel yang berkulit putih dan dihias dengan lukisan tangan di tengahnya itu amat menarik hati namun saya memilih untuk membeli Karbala oleh Faisal Tehrani ketika bersiar-siar MPH Jusco Wangsa Maju atas sebab harganya yang lebih murah.
Alhamdulillah, terima kasih kepada Kak Lina Mursyidah, akhirnya hajat saya tertunai. Terima kasih kak!
Delima Ranting Senja, bukan novel Islami picisan atau cintan sepertimana yang banyak ditulis oleh kebanyakan novelis masakini. Saya yakin dan percaya, novel ini mengangkat martabat Islam, bahasa Melayu dan sastera dalam gayanya yang tersendiri. Lihat sendiri puitis bahasa yang digunakan penulis. Indah dan menawan hati.
Tertarik dengan catatan awal oleh penulisnya; Siti Zainon Ismail:
Saya mencatat di celah denyutan hari dan jurai kembara. Dari larik warna menjadi kata! Ransangan kerja tidak menentu, mungkin di celah nota kuliah, sinis mesyuarat Majlis, menunggu sahabat lama di KLIA, cawan retak di La Riz. Sejak dinihari menjelang subuh, di kiau embun segar di kebun halia Apuan, garis senja merapi dalam kabur awan penerbangan gerimis membasahi tubuh di bawah payung de Palma malam resah mentari atau perih bulan Akmere-Stad di lengkung Kubah di depan Kaabah masih dapat diraih kasih mesra sahabat dari keluarga, ustaz dan imam Demi Cinta Tulus Rahsia-Mu.
Tertarik dengan awal bicara penulis, sekaligus membuat hati bergalau hebat. Komen seorang blogger; Rebecca Ilham, yang juga merupakan seorang penulis;
Sebuah karya yang perlu dibaca dan dihadam sepenuhnya. Secara peribadi, saya berpendapat inilah definisi NOVEL ISLAMI yang sebenar, yang tidak disempitkan keluh-kesah ustaz/ustazah yang memengkalkan.
Baik, itu sudah cukup memalu hati untuk pantas membaca.
Delima Ranting Senja, tunggu. Ada Tuhan Manusia, Tunggu Teduh Dulu dan Hujan Sudah Teduh menanti giliran.
Wallahua'lam.
p.s: sudah mual dengan watak ustaz-ustazah yang konservatif dalam novel-novel cinta Islami.
4 komentar:
Juga tertarik dengan Dilema Ranting Senja, tapi mahu dengar dari komen pembacanya dahulu. Usai pembacaan, nanti tolong sinopsiskan, boleh ;D
Sudah membaca Tunggu Teduh Dulu. Karya Faisal Tehrani, memang tidak pernah menghampakan!
~Raihan Farhanah~
Baik dibeli bukunya cepat. nanti kehabisan ;)
em saya pula insyaAllah akan selesai Tuhan Manusia yang berbaki 20 mukasurat hari ini!
itupun jika tidak malas ;p
Jom, kita lawan siapa habis baca Delima Ranting Senja dulu. hehe (ntah kemana pulak buku tu... aaa tolong.. hilang dicelah2 bantal2!)
perkongsian yang menarik....rasa nak baca..
Post a Comment