Thursday, May 6, 2010

Kakak Tiri Cinderella

Bismillahirrahmanirrahim.

Sudah lama ingin berkongsi sebuah cerita bersama umum mengenai sebuah drama bersiri Korea yang baru sahaja disiarkan pada setiap hari rabu dan khamis di saluran 303 Korean Broadcasting Station (KBS) berjudul; Cinderella's Stepsister. (sudah sedia mempromosi drama ini di blog satu lagi).


Bukan kerana Moon Geun Young yang saya minati itu berlakon maka saya mencadangkan cerita ini, tetapi kerana jalan cerita yang menarik serta paparan emosi yang sangat-sangat berkesan oleh para pelakon! Kali pertama saya melihat Moon Geun Young membawa watak hitam atau gelap dan ianya berkesan.

Mengisahkan mengenai Song Eunjo (Moon Geun Young) yang merupakan anak kepada Song Gangsuk, seorang wanita yang sudah berkahwin dengan beberapa orang lelaki namun tidak pernah kekal. Eunjo tidak bersekolah, dan seringkali menanggung seksa hidup bersama ayah tirinya yang juga seringkali memukul ibunya. Keadaan berubah apabila Eunjo yang pada suatu ketika melarikan diri dari rumah ayah tirinya bersama ibunya memberikan cincin berlian milik ayah tirinya kepada Hyoseon (Seo Woo), pelajar sekolah menengah yang merupakan anak kepada seorang pemilik kilang arak, Goo Daesung. Ibu Eunjo akhirnya lari dan berkahwin dengan ayah Hyoseon, lantas Eunjo kini terabai memandangkan ibunya lebih memberikan perhatian kepada Hyoseon yang lebih manja, baik dan sopan berbanding Eunjo yang garang, sinis serta kasar. Selain itu, watak lelaki diserikan lagi dengan kehadiran Hong Gihun (Chun Jeun Myun) yang merupakan pewaris harta keluarganya, namun memilih untuk hidup susah dan bekerja di kilang arak milik Goo Daesung. Gihun merupakan Mr. Nice Guy yang seringkali membantu Eunjo dan tersenyum. Bakal muncul juga ialah Han Jeongwu (Taecyeon 2PM)yang dahulunya merupakan adik tiri kepada Eunjo yang sangat gemuk, namun berazam untuk mengahwini Eunjo yang mengambil berat akan dirinya.

Drama ini masih belum berakhir sewaktu saya menulis. Apa pun, selamat menonton!

Wallahua'lam.
p.s: Innocent Steps.

9 komentar:

milimilo said...

baru je tertengok cite ni td tp xfaham sbb tibe2 je laki tu pgl eunjo lps tu die asik ckp he called my name. heeeee.tp cite korea mmg best =)

Putra said...

milimilo:

haha. sah2 tak tengok dari awal! rugi ar tak tengok (rugi ke -.-")
cerita korea sangat best!

part he called my name tu macam takleh blah je haha

Sweety Me. said...

err..panggil ur name? haha. apakah??
huu..cite kat astro ke? ingat pawagam. hahaha :P

Putra said...

sarah, there's part where the hero called the heroin. the heroin get excited but expressionless. dia kata dalam hati; he called my name (repeatively). tu yang kak mili kita cuba kata..haha

Soutu Qalbie said...

nak tgk!!!!wuwuw
tp xde astro..
ish..cte korea..mmg best..
tp mulut ni xkn diam..
sbb msti ade part yg geram gle..
yg sweet..
n yg mnyayat hati..huhu
neway slmt mnonton..
nnt cte ksudahan nye ye...=)

FA said...

sigh, korean drama.

Sarah_Saadi said...

cecehhh...sweeet.ngee~
sy xleh tgk.kalo tgk, nnti addicted.tu yg takut!huhu

Putra said...

azie: citer korea memang sangat best! azie, sngat sedih kerana setelah bercongak2, saya cuma dapat menonton sampai episod 18 sahja dari 20, kerana minggu depannya sudah masuk gombak! T_T

FA: ececee.aritu nangis~

sarah: ini bukan drugs ar!

Kehelan said...

cerita nih dh habis... huhuhu

JUMLAH KEHADIRAN