Tuesday, May 25, 2010

Kemanusiaan Yang Tidak Pernah Ada Dalam Abad Ini

Bismillahirrahmanirrahim.

Buat seketika, saya rasakan kemanusiaan telah lenyap dari dunia.Jika ada, itu barangkali kepura-puraan yang disandarkan pada kepentingan atau demi menjaga maruah sahaja. 

Masakan tidak, baru-baru ini saya menjamu selera di sebuah restoran berhampiran Pusat tahfiz ABIM Serdang, Seri Kembangan. Kebetulan meja yang saya pilih berdekatan dengan sebuah keluarga besar, sekitar dalam 12 orang yang mana terdapat seorang budak yang menghidap penyakit sindrom down (atau Down Syndrome).


Umum saya rasa mengetahui bahawa kanak-kanak yang menghidap syndrome down adalah istimewa. Mereka mempunyai perwatakan peribadi yang berlainan sama sekali bahkan mereka juga melihat dunia dari sudut yang berbeza.

ATAU adakah kita yang melihat mereka dari sudut berbeza yang tidak manusiawi?

Ketenangan hati saya hilang apabila kanak-kanak yang mengidap penyakit syndrome down tersebut diperlekehkan oleh makcik-makciknya (berdasarkan perbualan mereka yang saya curi dengar) kerana makan lambat, dan mereka dalam perjalanan untuk pulang ke kampung serta khuatir lewat. Ayah kepada kanak-kanak tersebut-yang cacat dari paras pinggang ke ke bawah, serta berkerusi roda-menyuap anaknya dengan penuh sayu. Si Ayah sayu. Bahkan, sepanjang mereka bersantap, kanak-kanak istimewa itu seringkali menjadi bahan gurauan.

Hati saya marah dan retak. Betapa bodohnya manusia yang mencium bayi-bayi comel serta gebu pipi, dan menimang-nimang bayi yang berkulit putih, atau apa sahaja, dan mereka melihat kanak-kanak cacat dengan sebelah mata sahaja. Manusia-kah?

Kalau selama ini diterapkan di rumah akan kasih sayang, cinta sesama makhluk, maka saya rasa penerapan serta proses pembelajaran itu hanya sekadar mengikut pedagogi dan sukatan kehidupan yang diwarisi secara turun temurun. Seumpama kita pada hari ini masih sembahyang dan menyembah Kaabah, kerana nenek moyang yang terdahulu juga melakukan sedemikian. Bukan kerana pandangan Tauhid yang jelas.

Manusia, kau tidak berfikir! Langsung tidak!




Wallahua'lam.
p.s: emosi kurang stabil. mencari waras.

1 komentar:

AfiqahRazak said...

itulah fitrah manusia....
sukakan yang cantik dan sempurna..
tapi fitrah itu telah di topang oleh panduan agama ..
justeru menjadikan manusia lebih bertimbang rasa dan berfikir

JUMLAH KEHADIRAN