Wednesday, May 12, 2010

Lukisan-Design-Hobi-Kaya?

Bismillahirrahmanirrahim.

Photobucket

Ini lukisan oleh anak saudari yang belajar dalam jurusan Medik. Jangan salahkan tangan yang cuma tahu membedah mayat itu. (Haha) Takde seni la~ ;p

Terimbau kenangan silam apabila sering dimarahi kerana hobi sendiri iaitu melukis.

Hendak dijadikan cerita, melukis merupakan kegilaan saya suatu masa dahulu. Hampir semua benda kalau boleh hendak dilukis, hatta gambar Neo dalam The Matrix.

Kalau nak tahu, kartun dalam AKRAB 2007 yang kontroversial tu saya juga yang lukis. Biarlah korang, saya tiada niat lain pun, sekadar mengguna nama.

CUT! Abaikan kenangan pahit.

Kenapa mesti semua hobi saya dihalang? Daripada melukis, mereka grafik, mendaki gunung, hinggalah kepada membaca, semuanya tidak mendapat sokongan orang yang sepatutnya? Pelik, bukan saya membuat perkara yang haram apatah lagi di luar tabi'e.

Masyarakat sekarang sangat pelik. Kalau jadi ulat buku, itu satu abnormaliti. Kalau jadi ulat TV, itu normaliti.

Kembali kepada soal melukis, rasanya saya hendak menghidupkan semula Another Not Da Vinci yang terkubur kerana kerancuan pemikiran sendiri.

Cuma harapnya, janganlah ramai sangat yang meminta design dan lukisan percuma, saya masih belajar lagi. Dan belanja KFC pun jangan sekali-kali (Haha Kak Qis~). Bengkak hati mencari idea from a scratch tahu?

Ikutkan hati, hendak sahaja meletakkan resume di bawah Profile A Company. Boleh tuntut beriban-riban.

Sesiapa yang inginkan rekaan, editan, gubahan serta grafikan (tanpa cetakan) bolehlah menghubungi saya melalui link di sidebar kanan yang bakal saya letakkan.

Oh ya, Cakup Atma tu blog puisi. Bukan lukis-lukis grafik.

Wallahua'lam.

1 komentar:

sharifah nor liyana said...

teruskan usaha seni itu, org lain tak tahu kita hidup untuk apa, tp jgn pula mentuli telinga utk mendengr nasihat..


*btw, cantik lukisan ank saudari saudara..itu seni permulaan mungkin, beri dia peluang lagi...seni ini halus..:P

JUMLAH KEHADIRAN