Monday, May 3, 2010

One Day Standing

Bismillahirrahmanirrahim.

Tajuk di atas tiada metafora. Memang saya pergi terus kepada isi entri kali ini.

Setelah sekian lama menganggur di rumah, akhirnya tawaran bekerja di restoran Mee Rebus Ramli jatuh ke riba. Alhamdulillah. Dengan gaji sebanyak RM25 sehari, dan tempoh bekerja selama 9 jam sahaja, sudah cukup membuatkan saya berangan-angan ke laut.

Namun, semua itu hanya tinggal angan-angan.

Semalam, saya merasa bagaimana perasaan para pelayan restoran seantero dunia. Betapa mengangkat pinggan, mencuci meja dan menghantar pesanan itu bukan perkara mudah meskipun kelihatannya sebegitu. Bukan senang mencari rezeki sebenarnya.

Sepanjang seharian bekerja semalam, banyak perkara yang dapat saya lihat dari sisi seorang pelayan restoran.

Pertama: Jangan sesekali gunakan orang yang kau kenali untuk mempercepatkan proses mendapat pesanan. 
Ada seorang pakcik sangat menyusahkan beberapa pelayan kerana lambat mendapat pesanan, walhal orang yang lebih datang awal dari dia pun tidak merungut, sedang dia baru duduk tak sampai 5 minit. Alasan yang terpacul dari mulut dia; "kalau orang yang aku kenal amik order, cepat je!".

Kedua: Jangan menambah-nambah pesanan jika tidak perlu.
Sangat menyusahkan sebenarnya jika kau tambah pesanan selepas membuat pesanan pertama. Kami yang menjadi pelayan restoran terpaksa mengubah semula resit dan tambah pesanan baru. Dan lain kali, susun dan atur hendak makan apa macam aku :P

Ketiga: Tolong habiskan semua makanan!
Tugas aku clean table. Jadi, memang banyak makanan berbaki yang seringkali pelanggan tinggalkan. Sebolehnya, makan tolonglah habiskan. saya dengar cerita orang di Afrika kebuluran. Takkan orang korporat dan keluarga berada macam kau tak tonton berita atau ambil tahu hal semasa?

Namun sayang, jika saya ada kekuatan untuk meneruskan kerja di situ, saya yakin pengalaman saya akan bertambah lebih banyak. Saya sangat suka bekerja di situ. Mudah untuk sembahyang, pekerja lain yang ramah, serta dekat dengan tempat tinggal. Cumanya masalah migrain dan penyakit lama memang selalu dengki dengan saya. Marah juga dengan penyakit-penyakit ni. Akhirnya, bangkit dari tidur semalam saya tak dapat berdiri dengan betul dan seluruh badan seakan-akan kaku. Bernafas pun susah. Astaghfirullah.

Saya sayang untuk berhenti selepas sehari, namun teruk juga badan menanggung sakit selama dua hari. Esok, tak tahu bagaimana. 

Saya suka prinsip yang dipegang oleh Encik Syed (senior kami yang sudah 17 tahun bekerja);

"Hidup tak selamanya kita nak senang. Kadangkala kita mesti nak susah"


Wallahua'lam.
p.s: ada dua orang budak perempuan Sarawak sembang pasal aku yang baru ni, bajet aku tak faham. 

4 komentar:

sharifah nor liyana said...

paklong mmg order ikut ape yg difikirkn kn??..pastu, bile tak dapat...gelabah!..weee~~

linakama said...

Wahai si putra,

sayang, sepatutnya lebih sihat dan kuat bangun pagi keesokan hari dan hari seterusnya.

cuba bayangkan, jika kita tiada pilihan. harus bekerja. maka migrain segala bagai, hanyalah seperti seketul batu kecil yang menganggu jalan.

sayang sekali tidak boleh lagi digunakan keupayaan pemikiran reflektif kamu tu.

mungkin esok boleh cuba kerja lain pula ye :-)

Putra said...

sha: biarlah. paklong memang sebgini.

kak lina: aduh. malunya menerima pengunjung ternama..hehe.

em kak lina, ini bukan setakat sakit migrain, ada sakit lain sebenarnya, cuma tak dinyatakan. memang sangat sayang. hati nak, tapi badan tak mampu.

sekarang sedang mencari kerja sambilan lain pula :)

Putra said...

dan apakah itu pemikiran reflektif kak lina?

(termangu seketika~~)

JUMLAH KEHADIRAN