Monday, May 10, 2010

Rabun Bukan Sombonglah!

Bismillahirrahmanirrahim.

Untuk kawan-kawan yang mengadu pada saya. 

Bukan mudah untuk mendapatkan mata yang sihat. Terkena radiasi seperti Hulk atau digigit labah-labah mutan seperti Spider Man tidak menjamin mata yang sihat.

Saya dituduh sombong oleh beberapa orang, termasuk saudara mara sendiri atas alasan tidak menegur ketika berjumpa di luar atau mana-mana tempat. Saudara-saudari sekalian, ketahuilah saya rabun ya.

Mungkin ditakdirkan begini, mata saya kurang mesra dengan cahaya sebenarnya. Kebiasaannnya apabila berjalan di bawah sinar matahari biarpun tidak terik, saya sudah mula berpinar-pinar dan mudah 'gelap pandangan'. Selain itu, kekerapan menjiwai watak Phantom Assassin di dalam World of Warcraft turut menyebabkan mata rosak. Ya saya mengaku sewaktu tahun pertama di CFS seminggu tak tidur main DOTA.

Spek pertama yang saya tempah bernilai RM365#  tunai. Jenama apa entah sudah lupa. Cadangnya hendak mengambil bingkai berjenama Levi's, tapi tertarik dengan bingkai di bawah.


Paling best, ini adalah satu-satunya kenangan bersama spek mahal yang tidak bagus ini. Sob sob. Baru perasan, lepas siap spek, saya sudah jarang bergambar atau menangkap gambar sendiri. Haha. Hobi apakah itu. 

Dan berbalik kepada topik utama bagi menjelaskan kepada sepupu sepapat saudara mara dan rakan taulan yang menjumpai saya di luar, tegurlah saya dahulu, kerana spek kesayangan ini sudah hilang. Menangis air mata darah pun spek tak dapat nak cover.
Dan mungkin kerana saya rabun, tahap self-conscious terlampau tinggi. 

Wallahua'lam.
p.s: kadang-kadang jalan terlanggar dinding. Lawak betul!

5 komentar:

NuR KaSiH aTieQaH said...

ish3..
lawak betul..
erm..ni rabun sampai tahap berapa la ni ae..? =D

Putra said...

aha, itulah hakikatnya. apa boleh buat :)

anys-ann. said...

errrr, serious! muka mcm "dya" !!! :((

andalus said...

oi oi..mahal tahap gunung kalimanjaro spek...tau r bisnes man..huh

Putra said...

anys: oh oh. ni lama punya gambar. sekarang mungkin tidak sama barangkali? ;)

andalus: mana ada jadi bisnes man..buat lawak tol la..belanja ar :D

JUMLAH KEHADIRAN