Bismillahirrahmanirrahim.
Apakah perasaan anda tatkala membaca blog yang seolah-olahnya menarik, sarat dengan widget dan juga gambar-gambar yang diletakkan sebagai penghias? Rimas? Sesak? Inginkan jalan penyelesaian? Jadi blog saya sudah seperti mengiklankan produk kecantikan sekarang ini.
Isi merupakan perkara penting dalam penulisan. Tetapi, kekemasan adalah faktor utama manusia bersemangat untuk membaca. Keseragaman dalam blog bagi saya adalah perkara yang seharusnya tidak kita kompromi.
Sesetengah blogger menulis di dalam Microsoft Word terlebih dahulu kemudian baru paste ke dalam ruangan editor blogger. Kebiasaannya, setelah di-publish, tulisan pada muka utama blog akan mengambil bentuk tulisan seperti mana yang kita tulis pada Word. Ada juga yang copy paste dari blog lain dan anda terlupa untuk menyeragamkan tulisan. Hasilnya, voila! Blog anda serabut.
Tips yang saya pelajari supaya tulisan di blog nampak menarik dan tidak serabut:
Pertama: Tulis dalam ruangan editor blog anda.
Tulisan di ruangan utama akan mengikut default font yang anda pilih di dalam ruangan Layout>Fonts and Colour.
Kedua: Notepad.
Copy dari Word (atau sumber lain) dan paste di dalam aplikasi Notepad. Notepad bertindak sebagai 'neutralizer' bagi font yang serabut dan bila di-paste ke dalam ruangan editor blog, tulisan akan mula mengikut default.
Ketiga: Warna
Penggunaan warna janganlah serabut dan tidak kontras dengan warna latar.
Keempat: Saiz Font sekata.
Sesetengah orang gemar membesarkan saiz font sebagai perhatian, tetapi biar kena dan sesuai!
Kelima: Rajin.
Hapuskan kerenah malasi!
Sekadar berkongsi idea. Bukan apa, kadangkala serabut. Sesetengah orang rajin bercerita di dalam blog mereka, namun pembaca kurang kerana serabut. Dan tidaklah pula saya katakan blog saya ramai pembaca, tetapi prihatin dengan mereka yang mula berblog tetapi tidak begitu arif akan dunia blog. Jadi saya hadir dengan penyelesaian; menyarankan ringkas itu cantik.
Wallahua'lam.
0 komentar:
Post a Comment