Monday, June 14, 2010

Bebas

Bismillahirrahmanirrahim.

Dahulu bahasa Jepun, Korea, Perancis dan kini bahasa Jerman. Iya, itulah laras bahasa yang aku gunakan untuk menamakan blog kesayangan tapi seringkali menanggung seksa ini: Luftansichten.

Aku teringat kata-kata seseorang, "jika kereta pancit tayarnya di tengah jalan, jangan berhenti terlalu lama. Sesudah siap ganti tayar, teruskan berjalan. Hidup terlalu indah untuk dirajuki, bukan?"

Bukan mudah juga hendak hidup, sedangkan senang untuk mati. Jadi, kenapa perlu tuhan perintahkan kita hidup? kenapa jarang sekali aku jumpa perintah dalam al-Quran mengatakan "Matilah!" atau "Binasakanlah" (melainkan hukuman dan celaan atas golongan yang sepatutnya)? Itu semua kerana setiap perkara ada hikmahnya.

Maka, aku perlu teruskan kehidupan, umpama makna puisi sufi ini:

"rahsiaMu seperti Yusuf yang indah
tersembunyi dalam penjara
tiba-tiba
Kaukah yang datang
dengan gemerincing kunci
pintu demi pintu pun terbuka
rahsia demi rahsia pun terbuka"

-Johar Buang 
(Perahu Melayu Di Lautan Khulzum)


Bebaskan diri, dengan kunciNya.

Wallahua'lam.

2 komentar:

a.K.u said...

suka sama Yusuf...sangat! :D

PUTRA said...

bukan Yusuf PKPIM kan? :P

JUMLAH KEHADIRAN