Bismillahirrahmanirrahim.
Ada budak sengal tag saya kali ini.
1. Anak sulung dari 4 orang adik beradik (insya-Allah, adik keempat perempuan *wink*)
2. Pelajar jurusan Bahasa Arab yang seperti pelajar jurusan Ekonomi.
3. Suka belajar memasak!
4. Sentimental. Jadi jangan sentuh barang-barang dalam kotak aku itu ya!
5. Suka berkaraoke! (Teman pilihan: Hafiz Suhaimi, Fawzi, Que, Izzul Afiq, Jakpek!)
6. Suka menonton wayang seorang diri. Teman sewayang adalah Kak Yuna, tapi jarang-jarang menonton dengan dia.
7. Sangat obses dengan warna hitam!
8. Suka melukis dan seni kaligrafi!
9. Sangat menggilai Chocolate Moist!
10. Suka makan steamboat!
11. Boleh berbahasa Arab, Korea (sedikit), Jepun (sedikit juga-belajar sebab ingat akan lanjut pelajaran ke Jepun) tetapi tidak suka bercakap menggunakan bahasa-bahasa ini! Hanya bercakap dalam bahasa Korea dan Jepun bila marah atau tidak sampai hati marah pada orang tertentu.
12. Ingin ke Korea!
13. Pernah hafal tarikh lahir pemain dan minit skor perlawanan Piala Dunia 2002.
14. Pemain bola kesukaan adalah Ole Gunnar Solskjaer dan Robert Pires.
15. Sangat meminati lakonan Reese Witherspoon, Dakota Fanning, Moon Geunyoung, Choi Jiw Woo, Song Hye Kyo, Lee Da Hae serta Kim Tae Hee.
16. Jangan terkejut, dia die-hard-fan Paramore.
17. Gemar melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh-bersenam, berkerja: bertukang, membaiki kenderaan dan sebagainya.
18. Sangat suka jenama Subzero, Soda dan Ti Zed (banyak warna hitam!)
19. Seorang yang sangat diskriminatif, suka budak atau bayi perempuan sahaja!
20. Gemar pilih kasih, sebab itu ada anak murid selalu dapat gula-gula dan ada yang tidak.
21. Tidak tahan asap rokok dan bunyi bingit!
22. Neurofen adalah makanan harian.
23. Suka coklat Toblerone bereben ungu!
Wallahua'lam.
0 komentar:
Post a Comment