Bismillahirrahmanirrahim.
Mak No dan Abah Lan akan melakukan umrah bulan ini. Barangkali aku akan rasa sunyi tanpa senang hati yang hadir bila bersama Emak dan Abah.
Mak No adalah kakak Ibu, dan Abah Lan adalah suaminya.
Aku selalu bergurau dengan Emak, "ini berat dosa ni, pecah la tayar motor orang!" dan Emak akan menampar belakang aku sambil marah dengan bahasanya. Kecil, tapi senang hati. Ringkas, tapi senang hati. Dan Abah pula, aku sekadarnya senang dengan sikap dia yang tidak begitu garang dan lembut. Ada sahaja cuitan pada anak perempuan, usikan dan lain-lain.
Emak dan Abah akan pergi umrah. Moga selamat perjalanan pergi balik dan berjaya melakukan umrah dengan jayanya.
Wallahua'lam.

0 komentar:
Post a Comment