Friday, June 18, 2010

Gulungan Ombak Kertas

Bismillahirrahmanirrahim.


Debur ombak melanda pantai, bah mengubah segala macam bentuk pasir yang dibentuk. Debur ombak berbunyi, bukan di pantai air, tapi di pantai hati.

Kadangkala, seringkali terfikir, "apa ujian hendak diberi, apa petunjuk hendak ditunjuki?". Berkali-kali mengulang ayat yang sama, berkali-kali bertanya persoalan yang sama. Berpuisi dan seni pada-Nya di atas tikar sejadah sebenarnya menghibur hati. Ya, aku berpuisi sama Tuhan, dengan harapan berbalas, atau setidak-tidaknya dinilai, harus atau tidak puisi itu berlagu, atau perlu diperbaiki dan diseri.

Bila mana mengungkap kata nasihat pada manusia, ertinya kita menasihati diri sendiri. Kita menasihat atas pengalaman sedar yang pernah kita alami. Lantas, benar kata orang, satu nasihat kau beri, kau menasihati dirimu sebanyak 3 kali ganda. Pertama untuk dengar, kedua untuk faham, ketiga untuk amal. 

Dan semalam, aku terfikir. Benar kata kakak itu, aku seperti Matilda. Teman aku buku, kekasih aku buku, dan harta aku juga buku! 'Dengan buku, dia merasakan dirinya tidak keseorangan...'. Aku jatuh hati pada ungkapan itu. Kerana ungkapan itu menerangkan seluruh hidup aku, meskipun hanya dalam sebaris kata. Dan lagi, hidup. Perlu teruskan hidup. 

Aku akan cuba untuk tidak lemas di tengah gelora hati sendiri, meskipun aku bukan perenang hebat.

Wallahua'lam.
p.s: sendiri.

0 komentar:

JUMLAH KEHADIRAN