Tuesday, June 1, 2010

Lies: I'm So Sorry But I Love You Dae Gon Jihn-Mar~

Bismillahirrahmanirrahim.
Aku ini bukanlah kategori manusia baik, senantiasa hendak membantu orang. Dan ada juga yang mengatakan bahawa aku ini baik-baik bodoh. Biarlah kata orang.

Baru-baru ini, aku dikenakan caj untuk satu perkhidmatan secara berlebihan dari harga asal. Dan pada aku—meskipun ditipu—tidak mengapa. Aku tahu aku sedang ditipu, dan aku juga yakin, ada sebab mengapa orang menipu..

Kadangkala, dianugerahi sifat sensitif agak menyakitkan juga. Iyalah, dalam kusut rambut dan kilas mata sayu orang, sudah menangkap oh anaknya sakit; dalam tangan mengacung ke kanan sedang tangan kiri di belakang, oh dia hendak menyembunyikan duit untuk ditabung demi masa depan anaknya; dalam tangis yang sengaja dibuat-buat, oh rupanya dia sedang menagih wang demi rumahnya yang bakal dilelong.

Conscience yang berlebihan senantiasa membuat kita rasa perlu membantu. Tapi tidak semua punya conscience.

Bukan aku sengaja atau takut membiarkan duit diambil dalam keadaan bukan hak, tetapi aku kasihan. Kasihan pada dia yang perlu menipu demi sesuap nasi diri dan anak isteri, kasihan pada dia yang tidak lagi hiraukan maruah diri demi wang, kasihan pada dia yang bersusah payah perlu menipu!

Kadangkala anak yatim datang menjual barangan katanya demi kesejahteraan rakan-rakan, walhal kita tahu bahawa itu demi kesenangan manusia bobrok yang lahir dari celah hina mana—sanggup mengaut untung atas suci si yatim. Aku rasa kasihan, dan dengan rela ditipu kebiasaannya aku akan beli. Iyalah, jika suatu masa nanti anak-anak kecil kesayangan aku jadi sebegitu (naudzubillah) dan menjual di jalanan, aku sentiasa mahu akan ada orang membeli untuk mereka. Minta ada...

Tapi kisahnya aku dengan orang tua pula kali ini. Orang tua yang barangkali hidup dahulunya senang, kemudian beranak-pinak sampai suatu masa ekonomi meleset, dia dibuang kerja dan kini melakukan kerja bergaji—tapi tidak mencukupi—demi menyara keluarga. Dan dia perlu mencari wang sampingan. Dan kusut rambut dan kilas mata, serta bacin badan tidak bermandi hingga ke senjahari, dapat dilihat ada anak-anak kecil menanti si ayah membawa pulang sekotak ayam KFC yang diminta semenjak minggu lalu.

Dan demi itu hidup kamu, aku halalkan. Tapi jika menipu demi kesenangan dunia, celaka kamu.

Dan ya, aku ini tersangat naïf. Sangat.


Wallahua'lam.
p.s: sambil baca, sambil dengar lagu Lies-Big Bang.

0 komentar:

JUMLAH KEHADIRAN