Thursday, June 10, 2010

Kalian Silap

Bismillahirrahmanirrahim.

Maaf. Dia bukan sepertimana yang kalian sangka. 

Jika selama ini yang tampak di hadapan mata itu seorang lelaki yang tidak lelah berjuang, kalian silap.
Dia juga tercungap-cungap, lelah, berdarah dan juga sesak nafas. 

Jika selama ini disangka lelaki ini penuh ilmu di dada, buku sini sana, kalian silap.
Dia juga hilang pedoman dalam meniti kasih kebenaran, juga dalam merapi witir ilmu.

Jika selama ini dilihat hanya seorang lelaki yang penuh kocek dan kembung uang, kalian silap.
Dia tidak kaya, bahkan lagi miskin dari kalian, dan mahunya dia, adalah supaya kamu tahu, manusia tidak akan jadi kaya hanya kerana mereka menyimpan duit.

Jika selama ini disangka lelaki itu begitu tegar dan tabah, kalian silap.
Dia juga ada air mata.

Dan dia, hanya manusia biasa. Dia tahu, adanya dia atau tiada, tidak membawa apa-apa.


Wallahua'lam.

2 komentar:

lydecker86v2 said...

Dia mungkin manusia biasa, tapi harga dirinya berbeza dari yang lain, mungkin..

PUTRA said...

maksudnya kak? saya kurang mengerti..

JUMLAH KEHADIRAN