Friday, June 4, 2010

Korean Broadcasting System (KBS)

Bismillahirrahmanirrahim.

Semenjak awal bertemu, aku sudah tertarik dan jatuh hati pada Kamaliah Bin Sapari...atau saluran 303 KBS. (Maaf, aku tak bisa menipu kali ini!) Jadi, aku secara rasminya mengajak kalian untuk menonton KBS apabila lapang. Antara rancangan kesukaan aku adalah Star Golden Bell Challenge, Happy Together, Dream Team Challenge dan Invincible Youth. Selain rancangan yang disebut, aku minat dengan drama-drama yang ada seperti Cinderella' Stepsister, Scandal In Old Seoul dan IRIS.

Wah, banyak tu! Okey, mari kita imbas sedikit bagaimana Korea mampu bertapak di negara kita.

Hallyu atau gelombang hiburan Korea sudah mula melanda semenjak awal 2000, sekaligus membawa rancangan-rancangan dan drama-drama Korea ke takah yang tinggi pada penilaian penonton Malaysia. Seingat aku, drama Winter Sonata, Summer Scent dan Lovers In Paris adalah antara drama-drama awal yang muncul di TV. Rain, yang merupakan seorang anak muda pada awal Hallyu dikatakan sebagai mercu kebangkitan Korea di dalam industri hiburan. Dan Rain, punya kisah tersendiri untuk berjaya.
Kejayaan Korea menerusi industri hiburan boleh dikatakan sangat mengagumkan. Mereka berani terjun ke dalam dunia High Definition sewaktu dunia umumnya sekadar menggunakan spesifikasi video biasa. Selain itu, Korea juga merupakan antara negara yang maju dalam teknologi dan senibina. Lihat sahaja Seoul sebagai contoh, membangun dengan pesat dan maju.

Aku bukan hendak memuji Korea, dan mengabaikan negara sendiri. Mengikut adat Korea, terdapat satu elemen kehidupan yang dinamakan sebagai Han ata unfinished bussiness, yang menjadi pemangkin kepada mereka untuk meneruskan kehidupan. Han, sepertimana takrifannya merupakan rasa ketidakpuasan pada sesuatu pencapaian sekaligus berusaha lebih dan lebih lagi demi mencapai tahap yang lebih baik.

Tetapi, dalam gelombang kebangkitan, mereka tidak lupa sesuatu: BUDAYA. Mereka bangkit dengan bahasa sendiri, sejarah sendiri bahkan adat-adat tertentu. Namun tidak dinafikan dari segi pemakaian, tatasosial dan sikap, mereka sedikit dipegaruhi Barat. Tetapi masih, mereka berjaya dengan 'kebangkitan sendiri'. Lihat sahaja perkhidmatan Telekomunikasi Korea-Anycall, sampai sekarang menggunakan bahasa ibunda. Bahkan iklan-iklan juga kebanyakannya menggunakan bahasa Korea.

Dan, aku penat menulis. Apa pun, aku cuma nak beri pendapat: Bangsa yang sedar akan akar kewujudan bangsa dan diri, serta kenal dan tahu citra bangsanya, akan mampu berjaya. Kita sudah punya bahasa nan indah, dan lebih menarik lagi, bangsa kita sudah dipercantikkan dengan agama, tetapi kita buta. Fuhh. Penat aku menulis dalam pening!

Wallahua'lam!


3 komentar:

a.K.u said...

rajin ya wat research.. :p

milimilo said...

setakat ni bila buka KBS time pagi n ptg,xde rncngn menarik la.malam n weekend baru ade rncgn yg best.n info dkt astro slalu xsame dgn ape yg tersiar kan?tp ttp aja byk rncgn boleh dilayan :B

Crescendo said...

kakak: ini semua ada dalam paper tahun 2003, atau 2005 tak silap. lupa dah. just remembering :)

makcik mili: eh banyak la rncangan best! buka time pukul 5 petang onwards, weekdays. best! KBS lambat 5@10minit biasanya dari waktu yang ditetapkan!

JUMLAH KEHADIRAN