Bismillahirrahmanirrahim.
Saya akan lari. Ya, lari.
Mengapa lari? Barangkali kerana diri ini sememangnya keliru dengan agenda dunia yang penuh tipudaya. Menulis di sini juga seakan-akan tidak ikhlas, ah, entah mengapa itu yang saya rasa.
Saya akan lari ke Mishkat. Mishkat karya Imam al-Ghazali itu punya citra besar, namun saya belum berkesempatan menemuinya. Dahulu, saya menyangka bahawa saya ingin berjuang di bidang falsafah, pemikiran dan perdebatan seterusnya menjadi pejuang ilmu yang hebat. Saya selingkuh.Prof al-Attas, Malik Bennabi, Toshiko Isutzu, bahkan segala penulis pemikiran takah tinggi itu telah saya khianati. Displin ilmu adalah satu perkara yang jarang-jarang diperolehi dalam satu masa singkat. Saya bukan prodigi.
Dicekam dan dipengap dalam larut duka, kali ini lari. Berenang ke tepian dan lekas mengering tubuh dan memacu langkah tapi dengan lebih perlahan.
Kita jumpa di Mishkat.
Selamat tinggal.
Wallahua'lam.
2 komentar:
Misykatul Anwar?
Kakak ada e-booknya. Mahu?
[Sudah lama akak tunggu siapa yang akan ketemu akak di Misykat]
Kak Naheed, boleh juga :)
[kini sudah ketemu kan? :D]
Post a Comment