Bismillahirrahmanirrahim.
Berpagian tadi, aku menyelesaikan urusan cash out cheque di Bank Islam, Ipoh. Alhamdulillah, tidak sampai 10 minit di situ, selesa urusan. Namun, sepanjang masa aku di bahagian menunggu, aku terganggu (barangkali juga orang lain) kerana satu sikap yang kurang sensitif.
Hal keadaannya begini, di bahagian tengah ruangan menunggu, seorang perempuan memangku bayi kecilnya yang sedang menangis. Aku mengambil keputusan untuk menunggu di bahagian kanan, kerana ketika masuk, aku terganggu dengan perbuatan si perempuan itu tadi yang menyusukan anaknya (dengan susu badan) di tengah-tengah orang ramai.
Aku bukan menuduh dia sengaja, tetapi bagi aku ini adalah satu sikap yang tidak sensitif. Tidak salah kau nak menyusukan anak yang menangis, tetapi pada aku pilihlah sudut yang tersembunyi seperti di bahagian kanan tempat aku duduk tadi. Bukan semua orang berpandangan suci, dan tidak semua orang berfikiran naif. Bahayanya berbuat sedemikian adalah kerana kau adalah muslimah yang bertudung labuh.
Seperkara yang aku perhatikan wujud pada para pemaham agama yang berpakaian konservatif atau lengkap (tidak kesemuanya) adalah satu sikap ketidakpedulian dalam peduli. Mereka peduli untuk menjaga satu adab, lalu mengabaikan satu adab yang lain. Sebagai contoh, memilih untuk menutup aurat, tetapi mengabaikan waspada mulut. Ada juga seorang kenalan yang berkopiah suka kentut di tengah orang ramai, dengan selamba mengatakan bahawa karbon dioksida adalah perlu untuk tumbuh-tumbuhan.
Bukan mengatakan bahawa muslim-muslimah yang berpakaian non-konservatif tidak perlu menjaga adab, tetapi secara jujurnya, 70% pandangan bukan muslim tertumpu pada pemakai pakaian konservatif sepertimana rakyat Malaysia memandang PAS sebagai pembawa nama Islam yang besar (besar, bukan kesemuanya). Jadi, tolonglah.
Satu perkara yang aku kira kita abaikan dalam konsep berdakwah, ialah penerapan adab. Siapa akan faham keperluan kau bercakap kesat setelah penat berdakwah, atau hikmah kentut pada tumbuh-tumbuhan di tengah ramai? Aku tidak menghina mana-mana ajaran Islam, tetapi pada aku ini merupakan cara yang salah. Khatam adab itu rasanya perkara utama sebelum berdakwah.
Kenapa? Kerana sudah cukuplah Islam itu dipandang serong-sebagai sebuah agama kolot, yang penganutnya cuma tahu menghargai nikmat Tuhan dan bercakap perkara yang baik namun tidak sensitif.
Hei, tolonglah, kembali sensitif. Kita ada nama agama hendak dimenangkan di sini, bukan parti. Dan lagi, aku sudah sakit hati bila orang memandang aku yang berkopiah (kadangkala) dengan pelik di luar, semua kerana sikap sendiri dan kurang sensitiviti. Bantulah sedikit membina suasana masyarakat yang tidak skeptik pada pengamal agama, boleh?
Wallahua'lam.
p.s: sekali lagi, aku bukan budak PAS.